Sistem Tatabahasa : Sintaksis (Bab7)


   ↠  Golongan kata. 
  • Terbahagi kepada empat kelas utama iaitu ; 
  1. Kata nama.
  2. Kata kerja.
  3. Kata adjektif. 
  4. Kata Tugas.

     ⇛  Empat kelas utama itu terdiri daripada dua kumpulan kata, iaitu ; 
  • Kata isian → ialah kumpulan kata yang terbuka dan sentiasa berkembang. Kata nama, kata                              kerja dan kata adjektif ialah kata isian terbuka. 
  • Kata tugas → kumpulan kata tertutup, contohnya dan, itu, amat, walaupun dan sebagainya.                             Kata-kata juga boleh digolongkan berdasarkan faktor sintesis dan semantik.
     ➬  Kata nama.
  • Kata nama terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu ; 
  1. Nama am →ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa                                seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-                                        tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum.
  2. Nama khas → ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama                                    sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
  3. Ganti nama → ialah kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang atau sebagai                                 penunjuk. 
  4. Nama terbitan → Kata nama terbitan wujud apabila kata nama am atau kata kerja diberi                                         imbuhan.
   ➱  Kata kerja.
  • Kata kerja merupakan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. 
  • Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya.
  •  Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif ( Perbuatan Melampau ) dan kata kerja tak transitif ( Perbuatan tidak Melampau ).
    ⥱  Kata adjektif.
  •  Adjektif ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi (kata yang menjadi inti frasa ditulis dengan huruf condong).
  • Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama.
  •  Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.
   ⤕   Kata tugas.
  • Kata tugas terbahagi kepada 5, iaitu ;

  1. Kata keterangan ⟶ kata yang menyertai dan menerangkan kata adjektif, kata kerja, dan kata                                     keterangan yang lain.
  2. Kata sendi ⟶ kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-                         frasa dalam ayat.
  3. Kata hubung ⟶ perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan                                             perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat.
  4. Kata seru ⟶ Digunakan untuk melahirkan pelbagai perasaan, seperti suka, duka, marah,                                  gembira, mencabar, dicabar dan sebagainya.
  5. Kata sandang ⟶ Kata sandang ialah kata penyerta yang bertugas untuk membendakan dan                                    membezakan kata atau frasa yang disertainya.

     ↬  Sintaksis

  • Ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. 
  • Sintaksis juga bermaksud bidang yang mengkaji hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.

  1. Ayat dasar →ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam                            sesuatu bahasa. Ayat dasar terdiri daripada ayat penyata sahaja. Ini                                              membezakannya dengan ayat tunggal.  
  2. Klausa  →  Satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat.
  3. Frasa    →   Unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-                                kurangnya dua perkataan tidak mempunyai subjek dan predikat. Boleh menjadi                          unsur kepada klausa. 
   ↝   Klausa terbahagi kepada dua ;

  • Klausa bebas → boleh berdiri sendiri dan boleh bersifat ayat lengkap.
  • Contoh ;
  1. Kamu sungguh berani.
  2. Pelajar itu sudah berlepas.
  • Klausa tak bebas → tidak dapat berdiri sendiri.
  • Contoh ;
  1. Melawan perompak itu.
  2. Menaiki kapal terbang.
    ⇻  Susunan ayat  ⇺
  • Susunan biasa  → subjek ayat mendahului predikat.
  • Contoh ;
  1. Pemandangan di kawasan itu sungguh cantik.
  2. Tugasan itu siap jaga akhirnya,
  3. Rombongan itu belum tiba lagi.
  4. Hadiah itu daripada pihak pengajur.
  • Susunan songsang → predikat ayat mendahului subjek.
  • Contoh ;
  1. Sungguh cantik pemandangan di kawasan itu.
  2. Siap juga akhirnya tugasan itu.
  3. Belum tiba lagi rombongan itu.
  4. Daripada pihak pengajur hadiah itu. 

Comments

Popular posts from this blog

Mengapakah Bahasa Melayu Dipilih Sebagai Bahasa Kebangsaan (Bab 2)

Sistem Ejaan Dan Sebutan Baku Bahasa Melayu ( Bab 3 dan 4)

Morfologi (Bab 5)