Definisi Ayat (Bab 8)


⥲  Definisi Ayat     

  • Dalam memperkatakan tentang ayat,ia merupakan tahap tertinggi dalam penulisan dan komunikasi bahasa Melayu.
  • Setiap tokoh bahasa memberikan pendapat yang berbeza tentang makna ayat.
     ⤿  Za’ba.

  •  bahawa ayat ini  bermakud susunan yang mempunyai hujung dan pangkal ayat yang boleh difahami oleh pembaca atau pendengar.
  • ia merupakan kumpulan perkataan yang telah sempurna maksud.
    ⭇  Abdullah Hassan dan Ainon Mohd.

  • bahawa ayat tidak semestinya terdiri dari ayat yang panjang tetapi ayat boleh terdiri dengan hanya dua patah perkataan sahaja asalkan ia dapat difahami.
  • ayat mestilah terdiri dari dua kompenen iaitu subjek dan predikat. 
    ↬  Asmah Haji Omar.

  • Ia mestilah dimulakan dengan perbuatan senyap dan juga diakhiri dengan perbuatan senyap.
  • Ayat juga mempunyai intonasi bagi mengambarkan maksud ayat tersebut.
    ↝   Nik Safiah Karim.

  • Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.
  • Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan
 ⇒ Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.

  • ayat merupakan unit pengucapan yang paling tinggi yang boleh terbentuk walaupun dengan hanya beberapa patah perkataan.
Binaan ayat.
  1. Ayat ialah suatu bentuk bahasa yang terbina dengan adanya sekumpulan kata yang tersusun dalam dua bahagian iaitu subjek dan predikat.
  2. Jumlah ayat tidak terbatas, namun semua itu terbahagi kepada 2 golongan sahaja, iaitu:
  • Ayat inti → ayat dasar yang paling sederhana bentuknya dan merupakan ayat tunggal, yakni                          terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. 
  • Contohnya:
  1.  Orang itu / guru.
  2. Dia / di rumah.
  3. Rumah itu / besar sekali.
  4. Ali / duduk di situ.
  5. Anjing / mengejar kucing.
  • Ayat tranfomarsi → ayat lain yang kebanyakannya berasal daripada ayat inti (ayat dasar),                                           tetapi dengan bentuk yang berubah, atau sekurang-kurangnya maksudnya                                   berubah. 
  • Contoh ; 
  1.  Orang itu bukan guru.(bentuknya sama tapi maksudnya lain)
  2. Dia di rumah?(bentuknya sama tetapi maksudnya berubah menjadi ayat tanya)
  3. Besar sekali rumah itu. (maksudnya sama tetapi bentuknya berubah menjadi ayat songsang)
  4. Duduklah di situ. (bentuk dan maksudnya berubah menjadi ayat perintah)
  5. Kucing itu dikejar anjing. (maksudnya sama tetapi bentuknya berubah menjadi ayat pasif)
     ⇏  Pola-pola ayat dasar 

     ⇰  Pola.                             ⇰  Subjek.                                    ⇰  Predikat.
  • Pola 1          →               Tun Mahadir                →                seorang negarawan.
  • Pola 2          →                Lelaki itu                    →                sedang menulis.
  • Pola 3          →                Pelajar-pelajar itu       →                amat rajin.
  • Pola 4          →                Uniyersiti kami          →                 di Kuala Lumpur.

Comments

Popular posts from this blog

Mengapakah Bahasa Melayu Dipilih Sebagai Bahasa Kebangsaan (Bab 2)

Sistem Ejaan Dan Sebutan Baku Bahasa Melayu ( Bab 3 dan 4)

Morfologi (Bab 5)