Morfologi (Bab 5)



     ↝   Definasi Morfologi.
  • Asmah Hj Omar (1993), menyatakan morfologi sebagai peninjauan linguastik yang menitikberatkan hubungan antara morfen-morfen dan varian morfen.
  • Kamus Linguistik (1997), menjelaskan morfologi ialah cabang tatabahasa  yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata.
  • Ilmu morfologi ialah ilmu yang mengkaji strutur, bentuk dan penggolongan kata.
    ↪  Konsep Morfologi.
  • Struktur kata → susunan bunyi ujaran atau tulisan yang menjadi unit bahasa yang bermakna.
  • Bentuk kata → rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau mempunyai proses pengimbuhan,penggandaan dan pemajmukan.
  • Penggolongan kata → merupakan penjenisan berasaskan fungsi tatabahasa.
  • Terdapat 4 golongan kata ;
  1. Kata nama.
  2. kata kerja.
  3. Kata adjektif.
  4. Kata tugas.
    ↬  Unit-unit morfologi. 
  • Terdapat 2 unit morfologi ;
  1. Morfem → menurut AsmahHj Omar (1993), ialah unit nahu yang terkecil yang mempunyai                         makna.
  2. Terbahagi kepada 3 iaitu ;
  • Morfem bebas → boleh berdiri sendiri tanpa bantuan morfem lain dan mempunyai makna                                       yang lengkap.
  • Contoh ↣ saya, kamu, kereta, rumah.
  • Morfem terikat → bentuk imbuhan (mem, per, kan, ber) dan tidak mempunyai makna tetapi                                    mempunyai fungsi tatabahasa atau nahu.
  • Morfem terikat boleh dibahagikan seperti berikut ;
  1. Awalan → ditambah pada bahagian depan kata dasar. Misalnya perkataan membaca,                                    menghafal.
  2. Akhiran → ditambah pada bahagian belakang kata dasar. Misalnya perkataan undian,                                   minuman.
  3. Sisipan → diselit di antara unsur-unsur kata dasar. Msalnya telapak (tapak).
  4. Apitan → ditambahkan serentak pada awalan dan akhiran kata dasar. Misalnya, imbuhan                           per....an dalam permainan.
     ⇏   Proses terbentuknya ayat bermula daripada morfem.

            MORFEM → PERKATAAN → FRASA → KLAUSA → AYAT.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mengapakah Bahasa Melayu Dipilih Sebagai Bahasa Kebangsaan (Bab 2)

Sistem Ejaan Dan Sebutan Baku Bahasa Melayu ( Bab 3 dan 4)