Bentuk dan Jenis Kesantunan (Bab 12)


    ⇸  Pengenalan.
  •  Kesantunan bahasa bermaksud kesopanan dan kehalusan dalam berbahasa semasa berkomunikasi sama ada melalui lisan, perlakuan atau tulisan kepada sesiapa sahaja.
  • Merangkumi aspek-aspek seperti pemilihan kata yang digunakan ketika bertegur sapa, nada, gerak laku dan gaya yang digunakan semasa berkomunikasi.
   ⤘  Kesantunan Verbal.
  • Kesantunan berbahasa daripada segi verbal merjuk kepada percakapan, lisan dan pertuturan.
  • Bersikap santun untuk melakukan penyusuain penggunaan kata atau ungkapan sesuai dengan situasi.
  • Terdapat 5 jenis komunikasi lisan atau verbal lazimnya melibatkan perbincangan, pembentangan, ucapan, mesyuarat dan perbualan.
    ⇏  Ciri-ciri kesantunan.
  • Penggunaan Bahasa Halus.
  1. Contoh ; Terima Kasih, selamat pagi, jemput duduk, minta kerjasama.
  • Penggunaan Kata Ganti Nama.
  1. Contoh ; Patik, Baginda, Tuanku, Duli Yang Maha Mulia.
  • Gelaran Warisan.
  1. Contoh ; Tunku / Ungku, Tuanku.
  • Gelaran Anugerah.
  1. Contoh ; Tun, Tan Sri, Datuk, Datuk Seri, Paduka.
  • Gelaran kurnian ikhtisas.
  1. Contoh ; Profeser Diraja, Doktor, Cikgu dan lain-lain.
  • Gelaran keagamaan.
  1. Contoh ; Haji, Hajah, Lebai.
  • Gabungan gelaran.
  1. Contoh ; Pak Haji, Puan Hajah.
     ⇰  Kesantunan Noverbal.
  • Merujuk kepada perbuatan, eksperasi wajah, bahasa tubuh dan isyarat.
  • Merujuk kepada perlakuan yang tidak menggunakan bahasa lisan untuk menyampai mesej yang dapat difahami.
    ⇻  Fungsi komunikasi bukan verbal.
  1. Mengulangi mesej verbal.
  2. Sebagai pengganti komunikasi verbal.
  3. Mengesahkan komunikasi verbal.
  4. Menunjuk maksud atau perkataan sebenar.
  5. Sebagai pelengkap komunikasi verbal.
  6. Kawal interaksi.
    ⇨  Jenis kesantunan bukan verbal.
  • Pergerakkan anggota badan → pergerakkan kepala, tangan dan kaki.
  • Eksperasi wajah → contohnya air muka, pergerakkan mata dan senyum.
  • Postur badan → cara berjalan, berdiridengan tangan poket seluar dan lain-lain.
     ↝ Kesantunan lisan 
  • Komunikasi lisan.
  • Dikenali sebagai komunikasi verbal.
  • Kebaikan ;
  1. Mengeratkan silaturrahim antara masyarakat.
  • Menjalinkan hubungan dua peribadi dua pihak.
  • Kesantunan dalam komunikasi lisan melibatkan ;
  1. Penggunaan bahasa yang sopan, beradab dan halus.
  2. Penggunaan bahasa tubuh yang beradab dan bertatasusila.
  • Aspek-aspek kesantunan dari segi bahasa yang perlu diambil perhatian ialah ;
  1. Ciri sebutan sempurna.
  2. Suara dan intonasi yang bersopan.
  3. Pemilihan kata dan ayat yang sopan dan halus.
  4. Penggunaan kata sapaan yang betul dan sesuai.
  5. Penggunaan sistem panggilan yang betul.
  6. Gaya hidup yang sesuai.
  7. Isi perbincangan yang tidak sensitif.
  • Aspek-aspek kesantunan dari segi bahasa tubuh badan yang perlu diambil perhatian ialah ;
  1. Gaya percakapan yang sopan.
  2. Pandangan mata yang sesuai.
  3. Gerak laku yang bertatasusila.
  4. Mimik muka yang positif.
  5. Hayunan tangan yang sesuai.
  6. Imej sendiri.
     ⇛  Maksud;
  • Linguistik → ilmu tentang bahasa atau ilmu yang menjadikan bahasa sebagai objek kajiannya.
  • Sosialinguistik → ilmu yang menghubungkan antara penggunaan bahasa dengan budaya.
     ➬ Kesantuna penulisan.
  • Komunikasi bertulis ialah merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan datang.
  • Dapat dilihat dalam bahan tukisan.
  • Bentuk komunikasi bertulis secara formal ;
  1. Surat kiriman rasmi.
  2. Laporan.
  3. kertas kerja.
  4. Ucapan rasmi.
  5. Pidato.
  6. Minit mesyuarat.
  • Bentuk komunikasi bertulis secara tidak rasmi ;
  1. Penulisan surat kepada rakan.
  2. Penulisan surat kepada ahli keluarga.
  3. Penulisan surat kepada ibu bapa.
  • Aspek-aspek dalam bentuk komunikasi bertulis yang perlu diberikan perhatian ialah seperti ;
  1. Penggunaan kata panggilan yang betul.
  2. Kata sapaan yang betul.
  3. Gaya bahasa yang betul.
  4. Pemilihan kata dan ayat yang sesuai dangan konteks.
  5. Isi yang tidak sensitive.
  • Strategi kesantunan negatif / formal ;
  1. Penutur menjaga air muka negatif lawan tutur untuk mempertahankan kebebasan tindakannya.
  2. Biasanya berlaku dalam kalangan orang yang belum dikenali.
  3. Antara atasan dengan bawahan.
  4. Antara orang muda dengan orang yang lebih tua.
  • Strategi kesantunan Positif.
  1. Penutur melakukan FTA dengan cara mengaja muka positif pendengar.
     ⤿  Kesantunan bahasa dengan teknologi maklumat.
  • Merupakan alat berhubung dengan anggota masyarakat.
  • Dilakukan secara seluas, baik secara rasmi, atau tidak rasmi.
  • Perkembangan teknologi maklimat dan komunkasi mempengaruhi penggunaan bahasa dalam golongan masyarakat.
  • Penggunaan bahasa yang betul telah diabaikan oleh generasi kini.
  • Penggunaan bahasa yang suka membangga diri, memaki hamun, menfiknah, memprovokasi, mengejek dan merendah orang lain semakin berluas.
  • Jelas menunjukkan penghakisan budaya ketimuran dan kesantunan bahasa.
     ⤳  Teknologi maklumat dan komunikasi.
  • Komunikasi ⟿ proses penukaran maklumat.
  • Teknologi ⤁ perkakasan telekomunikasi yang digunakan untuk menjalur dan mengakses                                maklumat.
  • Teknologi maklumat dan komunikasi ⤐ merangkumi aspek teknologi maklumat dan teknologi                                                                   komunikasi.
    ➼  Implikasi.
  • Penulisan esei pelajar tidak bermutu.
  • Mewujudkan salah faham semantik dalam masyarakat.
  • Kemerotan kuantiti bahasa melayu.
  • Bahasa Melayu diperlekehkan.
  • Kewujudan budaya plagiarism.
    ➤  Langkah mengatasi isu.
  • Peranan institusi keluargaan ➟ mempraktikkan gaya pertuturan atau perbualan yang sopan                                                           dan teratur.
  • Peranan institusi sekolah ➠ memantau para pelajar dari segi tingkah laku mereka.





     

Comments

Popular posts from this blog

Mengapakah Bahasa Melayu Dipilih Sebagai Bahasa Kebangsaan (Bab 2)

Sistem Ejaan Dan Sebutan Baku Bahasa Melayu ( Bab 3 dan 4)

Morfologi (Bab 5)