➽Mengapa bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa Kebangsaan?
- Bahasa Melayu telah diterima sebagai lingua franca atau bahasa utama.
- Sejak kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15.
- Bahasa ini digunakan secara meluas dalam bidang perdagangan dan hubungan diplomatik.
- Bahasa Melayu dapat difahami oleh pelbagai kaum.
- Digunakan sekian lama sebagai bahasa rasmi dan basahan.
- Menjadi bahasa perantaraan di sekolah.
➽ Status dan fungsi Bahasa Melayu.
- Bahasa Melayu menjadi teras perpanduan bangsa Malaysia.
- Digunakan secara bersama dan meluas.
- Berfungsi sebagai bahasa basahan, bahasa rasmi dan tidak rasmi.
- Penggunaannya menjangkau ke peringkat Antarabangsa.
- Bahasa Melayu dimaksudkan bahasa Melayu standard dan struktur bahasa Melayu baku
- Mempunyai sistem yang sama untuk semua.
- Bahasa Melayu sebagai alat perpanduan utama
- Bahasa Melayu bersikap terbuka.
- Bahasa Melayu mempunyai tahap keterbukaan dan teloransi yang tinggi.
- Memastikan bahasa Melayu tidak terkubur seperti bahasa Sanskerta.
- Bahasa Melayu akan diteruskan.
➽ Bahasa Kebangsaan
- Bahasa yang diterima ramai penduduk.
- Bahasa rasmi ialah bahasa pentadbiran kerajaan.
- Dasar pendidikan memberikan cara dan kaedah menggunakan sumber-sumber atau alat dalam sistem pendidikan..
- Penggunaan bahasa kebangsaan sebagai pengatar dalam sistem pendidikan.
➽ Bahasa Rasmi
- Diberikan status sedemikian secara sah oleh sesebuah Negara, negeri atau wilayah.
- Digunakan dalam situasi rasmi.
- Dalam urusan pemerintahan, pentadbiran, sistem pendidikan, urusan perdagangan, perusahaan, kehakiman dan upacara rasmi dan antarabangsa.
- Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa urusan pentadbiran kerajaan dan sebagai bahasa perbahasa di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
➽ Bahasa Perpaduan
- Fungsi perpaduan ialah menimbulkan sikap bersatu terhadap kesetiaan bahasa.
- Mereka mengeratkan hubungan antara satu sama lain dengan bahasa kebangsaan.
- Setiap anggota masyarakat dapat mewujudkan kesepaduan masyarakat majmuk di negara ini.
- Menimbulkan kecintaan dan semangat kebangsaan.
- Bahasa Melayu sebagai bahasa pengatar.
- Keseluruhan usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah.
➽ Bahasa dan budaya
- Ada berbagai teori mengenai bahasa dan budaya.
- Ada yang mengatakan bahasa itu merupakan bahagian dari kebudayaan.
- Ada pula yang mengatakan bahasa dan kebudayaan merupakan dua hal yang berbeza.
- Namun mempunyai hubungan yang sangat rapat dan tidak dapat dipisahkan.
- Ada yang mengatakan bahasa sangat dipengaruhi kebudayaan sehingga segala hal yang ada dalam kebudayaan mencerminkan didalam bahasa.
- Ada juga yang mengatakan bahasa sangat dipengaruhi kebudayaan dan cara berfikir manusia menuturnya.
- Ada pendapat lain mengatakan bahawa bahasa dan kebudayaan mempunyai hubungan yang kordinatif.
- Demikian hubungan bahasa dan kebudayaan seperti anak kembar siam,dua buah fenomena yang sangat sekali bagaikan dua sisi mata wang.
Comments
Post a Comment