Posts

Showing posts from July, 2017

Asal Usul Bahasa Melayu (Bab 1)

Image
ASAL USUL BAHASA MELAYU BAB1 PENGENALAN Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh ahli sejarah. Apa yang dapat dilakukan ialah meneliti beberapa bukti yang dapat dikaitkan dengan kata Melayu, ialah cacatan Cina yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada Maharaja Cina sekitar tahun 644-645 Masihi. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera, daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iaitu sungai Melayu. Satu lagi catatan orang Cina ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan perkataan tersebut apabila menceritakan tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar tahun 675 Masihi. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ‘Mlayu’ bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini dikaitkan dengan kedatangan Indo-Melayu (Austronrsia) yang dikatakan bergerak dari Yunan ke Tanah Melayu. ASAL USUL BAHASA MELAYU  .  Teori  Yunan     Teori le...